Mungkin ada yang belum berkesempatan nak baca the full version of our T&C.
So, pihak kami menyediakan T&C simplified version yang bagi kami mudah untuk dibaca dan difahami.
1. Harga yang kami quote atau pamerkan di Instagram / FB / Blog / Catalogue sudah termasuk kos penghantaran melalui laut dari UK ke Malaysia (warehouse kami) sahaja.
2. Caj penghantaran melalui Pos Laju atau Pos Parcel Malaysia tidak dimasukkan sekali. Caj penghantaran adalah mengikut berat. Bagi 500 gram ke bawah, kami akan menggunakan Pos Laju dan memakan masa 2-3 hari untuk sampai ke destinasi anda. Bagi item yang berat, kami akan menggunakan Pos Parcel Malaysia kerana lebih jimat, dan memakan masa 4-7 hari untuk sampai ke destinasi anda.
3. Deposit sebanyak 50% daripada harga yang dipamerkan diperlukan untuk kami 'lock' order atau membeli barangan anda, untuk barang Pre-Order sahaja. Untuk barang Ready Stock, bayaran penuh diperlukan oleh pihak kami sebelum meng-pos kan barang tersebut kepada anda.
4. Sila meneliti sebarang informasi mengenai produk yang anda ingin beli. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau tidak. Kami tidak dapat menukar, atau menjual kembali barang yang anda telah order.Maka, dengan itu, Deposit juga tidak akan dikembalikan sama sekali.
5. Deposit hanya akan dikembalikan jika barang yang anda inginkan sudah tiada (out of stock).
6. Baki pembayaran haruslah dibuat dalam masa 2 minggu setelah kami menghantar notis kepada anda bahwa barang anda telah sampai di warehouse kami. Notis akan dihantar melalui Whatsapp atau FB atau secara emel.
7. Setelah 2 minggu, pihak kami tidak akan menanggung segala kerosakan yang mungkin terjadi kepada barangan anda.
8. Pihak kami hanya kan menyimpan barangan anda selama 1 BULAN sahaja dari tempoh kami menghantar notis kepada anda. Selepas 1 BULAN, jika tiada pembayaran dilakukan, pihak kami berhak untuk Lelongkan barangan anda kepada pihak lain.
9. Anda dianggap bersetuju dengan segalan Terma dan Syarat kami apabila anda membuat order dengan pihak kami.
Sila layari T&C Full Version, untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
http://letsshopatuk.blogspot.com/p/terms.html

No comments:
Post a Comment